I'm Waiting You
BlackWhite?



Thanks for stopping by !

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.


Round-Round



Story About Links


Square-Square





Oval-Oval




Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
I LOVE YOU MY DEAR MOM ! ♥
Friday 18 May 2012 | 04:27 | 0 BlackWhite




MUDAH LUPA. Itu fitrah manusia. Kalau dahulu, tanpa ibu mendodoikan kita, susahnya mata hendak lena. Jika lama emak tidak masak, badan pun boleh jadi kurus sebab rindu dengan masakan emak. Dan kalau boleh, hari-hari kita hendak beritahu – saya sayang emak!

Ibu, mama, emak, mak, mummy, ummi, bonda, ibunda atau apa sahaja panggilan yang diberikan kepada insan mulia ini, ketahuilah bahawa kasih mereka tidak bertepi, kasih mereka membawa ke syurga dan kasih mereka juga tiada bandingannya. Sebagai anak, kita tidak dapat mencari kasih lebih murni dan lebih sejati daripada kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anak-anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada kita. Pada yang bergelar anak, cuba anda bayangkan betapa susah payahnya ibu mengandungkan kita lebih dari sembilan bulan dan melahirkan dengan penuh kepedihan dan kesakitan. Bayangkan pula bagaimana seorang ayah keluar mencari rezeki untuk menanggung dan membesarkan anak-anak agar tidak terabai dan meminta-minta daripada orang lain. Jasa ayah ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Kasih sayang keduanya begitu sejati lagi murni. Namun, masih ada si anak yang sanggup membuang insan mulia ini. Ada yang menganggapnya sebagai ‘barangan yang menyusahkan’. Ada pula yang mencipta 1001 alasan untuk tidak bertanyakan khabar ibu di kampung dengan alasan terlalu sibuk dengan kerja. Jika difikirkan semula, susah sangatkah hendak menekan nombor telefon dan bertanyakan khabar mereka? Adakah terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk mendengar suara insan yang telah banyak berkorban apa sahaja untuk kita? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah. Buat insan yang bergelar ibu, diucapkan selamat Hari Ibu. Buat mama saya, NORLEHA BINTI ALI, dyla ucapkan selamat Hari Ibu, kasih sayang yang dicurahkan mama untuk dyla akan dijadikan pembakar semangat untuk terus menjadi manusia berguna dalam meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang mama harapkan. Mama, doakanlah kesejahteraan & kebahagiaan kehidupan dyla di dunia dan akhirat.

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi).

DYLA SAYANG MAMA :')


THE END ♥


Older Post | Newer Post